** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Salmon Steak with White Sauce ++


** SALMON STEAK WITH WHITE SAUCE **

Menu hari minggu. Smallkitchen tertiba rasa nak makan salmon steak.Dah lama tak buat.So minggu nie smallkitchen ke carrefour mencari ikan salmon.Resepi nie dulu smallkitchen abek dlm web my resepi sumbangan skyblue tak silap.Dah lama dah resepi nie. Smallkitchen ubah sikit-sikit ikut citarasa Smallkitchen sekeluarga. Selalu Smallkitchen hidang dengan nasi goreng butter. Hubby  suka sgt terutama sos putih tu.

Bahan-bahan
2 keping ikan salmon sederhana besarnya.
1 sudu besar minyak zaitun/butter
1 Biji Lemon (diambil Jusnya)
Secubit garam
Secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar buttercup
2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (guna yang hidup lagi sedap) 
1 cawan susu segar
Sedikit garam
1/2 sudu teh lada hitam

Cara-cara:
Penyedian Ikan Salmon ( SmallKitchen perap dalam ½ Jam)
1. Ikan disalut dgn garam ,lada hitam dan perahan jus lemon.Sediakan non-stick pan untuk mengoreng Goreng dgn minyak zaitun atau butter sehingga perang/masak. Tak lama, dlm 4-5min sahaja.
2. Angkat ikan selepas keperangan-perangan.

Penyedian Sos
1. Cairkan butter dlm periuk kecil dengan api yang kecil .Goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat dengan bawang.
3. Masukkan pula susu dan daun parsli kering.Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masuk kan lada hitam dan garam mengikut citarasa.
5. Kacau sehingga kuah pekat sedikit.

Note : Ikan salmon ini boleh dihidangkan dengan nasi goreng butter,hirisan lemon dan tomato. Tuangkan sos putih di atas ikan.

0 comments:

Post a Comment