** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Puding Strawberi ++



Puding ni sesuai dijadikan pencuci mulut dan makan petang,
'small kitchen' cipta sendiri, saja nak pelbagai kan juadah,
simple je dan tak sampai 20 minit dah siap,
sesuai dimakan ketika sejuk,
kawan-kawan dan anak pun suka makan sebab manis-manis buah.

** Puding Strawberi **

Bahan-bahan:
20 gm agar-agar
4 gelas air
1 1/2 gelas susu segar
Perisa strawbery secukupnya
2 sudu tepung jagung/tepung kastard
Gula secukupnya
Sedikit pewarna merah
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
1. Masak agar-agar dengan 4 gelas air, masukkan daun pandan dan gula.
2. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan perisa strawberi, sedikit pewarna merah dan susu segar dan kacau sehinggan mendidih.
3. Bancuh tepung jagung/tepung kastard dengan sedikit air supaya tidak berketul-ketul. Masukkan ke dalam agar-agar tadi. Kacau sehingga mendidih dan matikan api dapur.
4. Tapis bahan (3) tadi ketika dimasukkan ke dalam loyang. Biarkan sehingga sejukdan dan masukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.


P/S: Kalau tak nak rasa susu sangat boleh kurangkan susu dengan lebihkan air, rasanya lebih sedap kalau perasa strawberi tu diganti dengan buah strawberi yang diblender. Kalau nak letak perasa lain pun boleh. selama mencuba!



0 comments:

Post a Comment