** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Adobo Chicken ++


bo

Ini salah satu masakan filipina,
kalau kat malaysia ala-ala ayam masak kicap chinese style,
gambar diatas ni tak berapa cantik,
nanti small kitchen uploadkan yang baru.


** Adobo Chicken **

Bahan A:
1/2 ekor ayam
1 cawan cuka
1 cawan kicap masin
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumuk
lada hitam ditumbuk

Bahan B:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 batang Cili merah dibuang biji
1/2 biji nenas (boleh juga diganti dengan limau mandarin cina)
Sedikit gula
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan bahan-bahan A dalam 5 hingga 10 minit.

2. Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau, dan masukkan bawang merah dan kemudian cili merah yang telah dibuang biji.

3. Kemudian masukkan ayam yang diperap, ambil ayam sahaja, jangan buang lebihan bahan perapan (bahan A).

4. Biar seketika sehingga minyak ayam keluar (biasanya tulang ayam akan terjojol), selepas itu baru masukkan lebihan bahan perapan (bahan A)

5. Masukkan gula sedikit dan biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan nenas dan tutup seketika. Sekiranya kurang masing, boleh ditambah kicap.

6. Ok dah siap, selamat mencuba!



2 comments:

Husna said...

Kena try buat nie akak..Tapi tak bubuh cuka bole tak..??

# SmallKitchen # said...

Boleh kot husna, orang sini makan semua letak cuka, maybe boleh ganti dengan sedikit air asam jawa...

Post a Comment