** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ PENANG CHAR KUEY TEOW ++


** PENANG CHAR KUEY TEOW **


Hari tu hubby nak makan Char Kuey Teow..Dia beli kat bazaar..tapi sayang rasanye tidaklah seindah rupa..Sian hubby..So smallkitchen pun cari-cari la resepi kat blog-blog senior2 dlm bidang masakkan nie..Cari punya cari tertarik ngan resepi dari che'iza nie..Ramai lak yang dah try dan comment sedap..Simple pun simple..Senang nak buat..So apa lagi..Balik dari office, smallkitchen cari Udang dan Kerang untuk buat Penang Char Kuey Teow dr Che'Iza nie..Memang sedap sgt..Hubby makan tambah 3x..Alhamdullilah..Thanks Che'Iza dr MYR for this resepi..Gambar nie dah berbuka baru nak abek..So air dah serap ngan kuey teow nampak mcm kering..PCKT nie sepatutnye angkat-angkat terus hidang dan makan..baru sedap..Yumyumyum...




BAHAN-BAHAN(2 ORANG)


 * UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis (smallkitchen letak 2sk)
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili kering(smallkitchen guna 2sb sebab nak kasi pedas)
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

CARA-CARA :
 UTK PASTE ::
  1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE ::
  1. Tumis lada cili kering hingga garing. Masukkan dlm 4sb(Smallkitchen masukkan 6sb) paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  2. Bila kuah dah mendidih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min saja, pastikan api kuat semasa memasak.

P/S: Paste tu kalo ada lebih bolehlah disimpan.Kalo tak nak guna udang pun tak pe tapi kena lebihkan petis tu dlm 2sb.

++ MACARONI GORENG ++


** MACARONI GORENG **

Dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Hari nie smallkitchen masak simple sahaja utk juadah berbuka..Lagipun dah lama tak makan macaroni nie..So tgk dlm fridge ada udang and daging..Plan la masak macaroni goreng..Menu nie ikutkan main campak-campak jer...Kalo dah lapar tu kan, semua makanan sedap..hehehe..


BAHAN-BAHAN ::
250gram Macaroni (tak kisah jenis apa)
Udang( Ikut suka)
Daging( Ikut suka) 
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sb cili kisar
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
2sb Sos tiram
2sb kicap manis
1 ikat Sawi
Carrot
Minyak Utk menumis
Sedikit Garam
Sedikit air


CARA-CARA :

  1. Rebus macaroni dan toskan.

  2. Tumbuk bawang besar dan bawang putih.Panaskan kuali. Masukkan minyak utk menumis.

  3. Tumis bawang yang telah ditumbuk. Masukkan cili kering.Tumis sehingga garing sedikit.

  4. Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram, kicap manis dan air.Kacau,biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan daging dan udang.

  5. Apabila daging dan udang hampir masak, masukkan carrot dan batang sawi.Kacau sehingga sebati.Tambah garam secukupnye.Baru masukkan macaroni.Gaul macaroni sehingga serasi dengan bahan tadi.

  6. Bila macaroni dah sebati dengan kuah, masukkan daun sawi. Gaul dan biarkan seketika. Tutup api.Sedia untuk dihidang.

++ Mashed Potato ++


** Mashed Potato **

Satu lagi side dishes untuk berbuka minggu lepas. Simple jer resepi nie..Semua orang bole buat..Untuk sos dia smallkitchen cuba resepi daunpandan dari myresepi .Smallkitchen ubah sket..Memang sedap..Macam KFC comment adik bongsu smallkitchen..Nanti bole cuba lagi..




BAHAN-BAHAN:

(Untuk Mashed Potato)
 * 5 Biji Kentang
 * 2 Sudu Besar Butter
 * 1 Cawan Susu segar
 * 1 sudu teh serbuk black pepper
 * Sedikit Garam

(Untuk Sos)
 * 3 Cawan Air
 * 1 Kiub Ayan Maggie
 * 1 Biji Bawang Besar
 * 3 Sudu Besar Butter
 * 2 1/2 Susu besar Tepung Gandum
 * Sos Tomato
 * Sos Tiram
 * Serbuk Black pepper
 * Tepung Jagung(optional)

CARA-CARA:

(Mashed Potato)
  1.  Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 8 bahagian. Rebus sehingga empuk.
  2.  Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan sudu.
  3.  Panaskan butter dengan susu. Apabila butter dah cair masukkan serbuk black pepper
       dan garam,kacau dan padamkan api.   
  4.  Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga sebati

(Sos Mashed Potato)
   1. Masak air dengan stok ayam dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis
       ke dalam mangkuk
   2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada
       tepi periuk
   3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel
   4. Masukkan sos tomato dan sos tiram ikut suka atau sehingga warna berubah. Masukkan  juga
       serbuk lada hitam.
   5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. Kalo sos agak cair, bole ditambah dengan tepung jagung
       yang telah dibancuh.

P/S : Sos tu tak perlu letak garam sebab kuib ayam tu dah memang masin. Tapi bolelah rasa dahulu, kalo kurang garam bolelah tambah.

++ Ayam Golek Percik ++




** AYAM GOLEK PERCIK **
Dah lama teringin nak makan ayam golek..Selalu masak seekor..Tapi kali nie smallkitchen buat sikit sahaja.. Cari-cari resepi nak buat ayam golek nie.. Terpikat dengan resepi Tie dari myresepi..Simple dan mudah..Senang sangat nak buat..Kalo ikut cara smallkitchen macam remeh sangat..So sebab malas di bulan Ramadhan nie, smallkitchen ikut resepi nie..Ubah sket-sket jer ikut selera..Sedap..Thanks Tie coz sudi kongsi resepi..


BAHAN-BAHAN:
  • 4 Keping Dada Ayam
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2cm halia*
  • 2cm kunyit hidup*
  • 2 batang serai*
  • 5 tangkai cili kering*

CARA-CARA :

  1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus
  2. Panaskan periuk, masak santan pekat tadi.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar dengan ayam ke dalam
     santan tadi.
  4. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
  5. Keluarkan ayam dan bakar ayam sehingga masak.
  6. Kuah tadi bolehlah disapukan ke atas ayam yang sedang
     dibakar.
  7. Sedia untuk dihidangkan

P/S : Smallkitchen guna non-stick pan jer nak bakar ayam nie..Nak guna oven pun bole.Sambil bakar tu sapukan kuah percik tu...

++ Rendang Udang ++


++ RENDANG UDANG ++

Dah lamanye blog ini tak diupdate ngan resepi baru. Dah masuk bulan ramadhan dah pun. Bukan tak masak, tapi tak ada masa nak mengupdate blog. So semperna bulan ramadhan nie, smallkitchen nak kongsi apa yang smallkitchen masak untuk weekend pertama Ramadhan. Rendang Udang nie smallkitchen ambik resepi Kak Fida dari myresepi page. Smallkitchen ubah sikit-sikit resepi nie ikut selera smallkitchen. Alhamdullilah, memang sedap.Ada rasa tersendiri kata adik bongsu smallkitchen..hehehe..




BAHAN-BAHAN:
• 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
• 1 senduk cili kisar
• 2 biji bawang besar *
• 4 ulas bawang putih *
• 2 hiris halia *
• 4 sudu serbuk rempah kari
• 2 batang serai - dititik
• 2 lembar daun kari - dipetik2
• 1 cawan santan pekat
• 3 sudu penuh kerisik
• Garam dan Gula secukup rasa
• Sedikit air asam jawa
• Daun Kunyit- Racik-racik halus.
• minyak utk menumis


CARA-CARA
1. Kisar bahan-bahan yg bertanda * dan campurkan dengan cili kisar dan rempah kari.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,air asam jawa dan kerisik,kacau sehingga sebati
4. Masukkan sedikit air dan masak mendidih.
5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
6. Masukkan daun kunyit yang telah dirancik halus tadi.Gaul sehingga sebati.
7. Matikan api dan siap untuk dimakan.

Pengalaman Cuti 1


Rupa-rupanya dah berkurun blog ni tak ber'update'. tak sempat2 nak update. mula2 internet problem, bila dah okay, aku pulak sibuk . tak tahu lah apa yang aku sibukkan, nak kata keje dok rumah jea. Kalau aku tak update, adik ipar aku update, Dik Na. Tapi semenjak dia pregnant ni, dia pun dah jarang meng'update' blog sebab x berapa larat. kerja kat pejabat, so kat rumah masa untuk Dik Na rehat kan diri dan minda.

Minggu lepas balik bercuti di Malaysia dalam 3 minggu. Hati berbunga2 lah sebab nak jumpa sedara mara,kengkawan dan en suami pun dapat cuti panjang. Tapi rupa-rupanya cuti 3 minggu tu macam air paip mengalir, tup tap tup tap dah abis. Kejapnya. Sedara mara pun tak sempat abis melawat. Kawan-kawan apatah lagi, adalah aku jumpa 2 orang x-schoolmate. Sorang jumpa tak sengaja, tu pun waktu tgh shopping barang-barang nak bawak balik sini, Azna. Makin cantik and slim pn Azna kita, ni mesti sebab hati berbunga-bunga dapat naik pangkat, hehehe . Yang sorang memang dirancang, pn Mastura, itu pun dapat setengah jam curi lunch hour pn mastura. Dan hasrat untuk bercuti panjang dengan en suami lebur, sebab en suami sibuk berkursus dan ulang alik ke pejabat.

Oleh kerana en suami sibuk berkursus , maka aku patah kaki lah seketika. bukan patah kaki sebab accident, tapi patah kaki sebab tak boleh nak travel jauh2. lesen kete ada tapi dah lama aku frame. kalau aku bawak kete seisi keluarga rasa tidak selamat, maka lebih baik aku frame jea lesen kete tu. Nasib baik lah rumah ibu dekat dengan LRT, boleh jugak lah berjalan2 Jalan TAR. Cuma yang payahnya bila Kaiyisah hari2 request nak naik LRT,semuanya berasakan LRT. Nak suruh makan, mandi, turun bawah flat, semuanya ada pertukaran. macam sistem barter pulak. Tapi takpelah, kat sini bukan setakat LRT, keretapi biasa pun takde. Yang ada Jeepny, Tricycle and taxi (the best transportation ever). Bas kat sini macam bas johore motor waktu aku kecik2 dulu, takpun macam metro bas, itupun hanya untuk long journey.Jadi aku bagilah anak aku naik LRT puas2.

Waktu kat Malaysia, aku and en suami belilah pelbagai barang (berdasarkan list yang aku buat), nak bawak balik philippine. Cili kering sikit, stok ayam sikit, rempah itu sikit, rempah ini sikit, jus itu sikit, jus ini sikit, kurma, beli punya beli rupa-rupanya dah overweight. Jadi terpaksa barang2 kering shipping guna pos malaysia, kos guna laluan laut murah tapi sebulan baru barang sampai. Kalau bawak naik flight excess luggage every kg RM35/=, tu  baru sampai manila. dari Manila ke Davao 100 peso for every kg (more less RM7.50 duit kita). kalau excess dekat 30 kg , sapa nak bayar. baik hantar guna Pos Malaysia, jimat sikit. Moral of the story, make ur list wisely.hehehe tak cukup bijak lagi rupanya.

Panjang lebar rupanya citer aku ni, panjang2 sangat pun bosan jugak. so jumpa lagi!

++ Talapia Goreng Bersos ++


Biasa ikan talapia ni smallkithen bakar, goreng cili api or masak lemak. Rasa jemu pulak, so cari2 resepi ikan talapia goreng bersos. Ni 2nd time buat, 1st time buat licin dibuatnya, terangkat.Smallkitchen masak untuk lunch weekend lepas. Untuk hilangkan bau hanyir ikan ni (any ikan sungai), smallkitchen rendam dengan asam jawa dan garam seketika. Insyaallah hanyir hilang. Hampir semua ikan, tak kira ikan sungai or laut smallkitchen basuh dengan asam jawa dan garam.

** Talapia goreng bersos **

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan talapia sederhana besar dibuang sisik
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang puting dicincang
1 labu bawang mera dicincang
1 labu bawang merah dipotong bulat
Halia 1/2 ibu jari dimayang
6 biji cili api or 2biji cili merah hidup diptong halus
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:-
  1. Ikan talapia yang telah disalut serbuk kunyit dan garam, di goreng garing. Tunggu garing baru balikan supaya tidak melekat.Kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak bekas goreng ikan. kalau banyak sangat kurangkan.
  3. Apabila sudah panas, tumis daun kari sehingga naik bau.
  4. Kemudian tumis bawang puting, bawang merah yang dicincang, halia dan cili yang telah dipotong seketika.
  5. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat, biar sehingga layu.
  6. Bila bahan tumis telah naik bau, masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam.
  7. Apabila sudah masak,tuang ke atas ikan talapian yang telah digoreng garing. Siap untuk dihidang, mudah kan!

++ Kuih Lapis versi Tepung Gandum ++



Resepi dari Ibunda, tapi seperti biasa ibunda dan ayahanda, kalau memasak semuanya sukatannya agak2. Jadi smallkitchen guna sukatan kuih lapis versi tepung beras. Alhamdulillah, menjadi dan sedap. lemak2 dan manis-manis buah jea.Cuma next time nak letak pewarna lebih sikit agar lebih meriah lagi. Sedap,sedap,sedap,lepas ni nak buat lagi, bagi kawan-kawan rasa pulak.

** Kuih Lapis versi Tepung Gandum **
Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan (1 1/2 biji pati santan + air)
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu minyak masak
2 or lebih pewarna (ikut suka)

Cara-caranya:
  1. Blender semua bahan kecuali pewarna sehingga sebati supaya adunan tidak berketul.
  2. Kemudian panaskan air untuk mengukus.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, bahagian pertama warna kuning dan bahagian kedua warna hijau.Kacau sebati.
  4. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan panaskan dalam pengukus seketika.
  5. Kemudian masukkan 1 cawan adunan berwarna kuning sebagai lapisan pertama dan kukus selama 5 minit.
  6. Kemudian masukkan 1 cawan adunan berwarna hijau sebagai lapisan kedua dan kukus selama 5 minit.Ulang berselang seli.
  7. Masukkan 2 cawan lapisan terakhir dan kukus selama 20 minit. Seperti biasa, jika setelah dikukus  selama 20 minit, terdapat air di permukaan kuih, buka penutup kukusan dan biar air disejat seketika sebelum api dimatikan.
  8. Tunggu sejuk sebelum dipotong. Jika dipotong ketika masih panas, kuih menjadi lembik. Selamat mencuba.

++ Kuih Lapis versi Tepung Beras ++



Dah lama nak upload this receipe, tapi tak berkesempatan cos internet connection very worse sejak akhir2 ni. Bila tgh taip, tiba ada appear pulak surat cinta kata internet connection broken. Rasa geram pun ada. Terpaksalah bersabar.Hopefully,this time connection ok.
Kuih Lapis ni favourite smallkitchen, selama ni tahu makan jea, tak pernah amik tahu nak buat. Tapi sebab dah dok tempat orang ni, memang takde istilah kuih lapis di mana-mana, maka smallkitchen belajar buat. Biasa makan kuih lapis dibuat dari tepung gandum, tapi this time buat yang tepung beras (saja nak rasa cos resepi ni dapat good respond). Resepi ni smallkitchen amik dari Myresepi.com sumbangan saudari Tulip77. Alhamdulillah jadi cantik, tapi oleh sebab loyang smallkitchen besar, jadi lapisan nya cuma sedikit sahaja. Sedap, tapi smallkitchen still prefer kuih lapis tepung gandum.
** Kuih Lapis versi Tepung Beras**

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras **
1/2 cawan tepung gandum **
4 cawan santan (250ml santan kotak + air) **
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)**
1 sudu teh garam **
1 sudu besar minyak masak**
4-5 titik pewarna (2 pewarna or lebih)

Cara-caranya:
  1. Kisar semua bahan ** menggunakan blender supaya tidak berketul-ketul.
  2. Sementara itu, panaskan pengukus.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan titikkan pewarna ke dalam adunan. Smallkithen guna warna purple dan kuning.
  4. Sapu sedikit minyak masak pada loyang, dan panaskan seketika di dalam pengukus.
  5. Kemudian masukkan 1 cawan adunan berwarna kuning (ikut suka) sebagai lapisan pertama, dan kukus selama 5 minit.
  6. Kemudian masukkan 1 cawan adunan berwarna purple sebagai lapisan kedua, dan kukus selama 5 minit.
  7. Ulang sehingga terbentuk lapisan. Lapisan terakir, masukkan 2 cawan adunan berwarna purple (ikut adunan yang terakhir) dan kukus selama 20 minit.
  8. Sekiranya selepas 20 minit permukaan kuih lapis terdapat takungan air, buka penutup pengukus seketika dan biar air disejat.
  9. Tunggu sehinga sejuk, baru dipotong. Kalau potong ketika panas, tekstur kuih masih lembik.




++ Kuah Rojak Buah ++


Selalunya kalau nak makan rojak buah, ayahanda tolong buatkan kuahnya. Tapi kali ni bila duduk di perantauan kena buat sendiri ikut bahan-bahan yang available. Ayahanda smallkitchen buat dalam sukatan yang besar, semuanya guna botol besar sebab dulu ayah smallkitchen jual rojak buah. so sukatan semua besar2.Jadi smallkitchen ubah sukatan berdasarkan resepi kuah rojak sumbangan saudari Delila dari My resepi. Smallkitchen agak-agak jea berdasarkan sukatan resepi Delila sampai rasanya hampir-hampir rasa kuah rojak ayahanda smallkicthen.

 Buat rojak buah waktu sambut besday hubby and majlis high tea baru-baru ni. Tak sempat nak snap gambar, sebab asyik duduk di dapur dan melayan tetamu. Next time bila buat lagi, smallkicthen upload gambar rojak buah yea.

 ** Kuah Rojak Buah ** 
Bahan-bahannya:
**1 botol sos cili (saya guna maggi)
**1/2 botol kicap pekat (agak-agak, kalau tak cukup baru tambah kemudian)
**1/2 kg gula pasir
**1/4 gula melaka or 1/2 cawan gula merah di larutkan dgn sedikit air (tak letak pun tak pe)
**2 sudu besar belacan dilarutkan dengan sedikit air (Belacan tu agak-agak)
Kacang tanah yang telah dikisar hancur
**5-10 biji cili api (optional, kalau nak pedas boleh tambah lagi, kalau tak nak pedas tak perlu masukkan)

 Cara-caranya:
  1. Masak semua bahan-bahan yang bertanda ** pada api sederhana besar. Kacau selalu untuk elak berkerak dan hangus sehingga semua bahan larut dan pekat. (Jika rasa kurang sedap, boleh ditambah bahan ** sedikit demi sedikit).
  2. Setelah kuah rojak mulai likat, pekat dan mendidih, matikan api dapur dan biar sejuk.
  3. Untuk tahan lama, masak kuah rojak selama sejam atau lebih. Jika dimasak lama dan di simpan di dalam peti sejuk, kuah rojak boleh tahan sehingga setahun.
  4. Bila sejuk, tekstur kuah rojak likat. Walaubagaimanapun, tidak perlu ditambah air kerana, apabila digaul bersama buah-buahan, ia mula berair. Boleh ditambah kacang tanah yang telah dikisar atau bijan yang digoreng tanpa minyak.
 P/S: Rojak buah ni sedap dimakan ketika baru dibancuh sebab ia cepat berair walaupun disimpan di dalam freezer, kalau time nak makan baru bancuh, buah rasa rangup dan rasanya lebih enak.

++ Donut Cik Leila ++


Alah gebunya donut ni, bila makan memang rasa dia marvelous, dengan teksturnya yang lembut, makan satu tak cukup, kalah lah dunky donut. Donut ini dibuat oleh rakan smallkitchen, Siti Adnah waktu melepak rumahnya semalam. Donut ni kira menu wajib kalau smallkitchen datang sebab favourite smallkitchen dan anak. Menurut Siti Adnah, resepi donut ni dia dapat dari blog waheeda77, nama donut ni pulak donut cik leila. Setakat ni smallkitchen tak berjaya lagi buat donut, kalau buat pun mesti doh dia macam terbantat jea. So terima kasihlah pada Siti Adnah hidangkan donut yang sungguh sedap semalam.
** Donut Cik Leila **

Bahan-Bahan:
1/2 kg tepunggandum
3/4 cawan susu suam (susu pekat + air suam)
2 biji kuning telu
1 sudu besar yis
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjeri
3 biji kentang bersaiz besar (rebus dan lenyek)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya: 

  1. Tepung gandum digaul bersama marjerin dan kentang sehingga sebati.

  2. Telur dipukul bersama susu suam dan yis.

  3. Campur bahan (2) dalam bahan (1) dan uli sehingga jadi doh

  4. Biar naik sehingga 2 kali ganda (untuk speed the process,panaskan oven seketika, setelah panas,matikan api oven dan masukkan doh seketika dalam 5-10 minit, doh akan cepat naik berbanding dibiarkan pada suhu bilik. Make sure letakkan doh dalam bekas tahan panas yea).

  5. Selepas itu, tumbuk doh dulu untuk buang angin, kemudian baru bentuk jadi donut.

  6. Lepas tu, bolehlah digoreng dan disalut dengan gula halus or bertopping kan coklat(optional).


++ Home Made Pop Corn ++



Ini dia home made pop corn, cubaan kali ke-2 setelah kali pertama ada pop corn yang hangus. Terima Kasih kepada Aludra (My Resepi) empunya resepi. Si kecik nak makan pop corn, tapi bila beli rasanya tak sama dengan kat Malaysia. Terhasilny home made pop corn ini apabila si kecik sibuk nak makan pop corn. Bukan kat sini takde pop corn, cuma tak sama dengan pop corn tempat kita. Pop corn sini ada perisa BBQ, Cheese and original, so takde rasa manis-manis.1st time beli dulu, si kecik makan satu jea, lepas tu diluahkan semula. Oleh sebab itu, smallkitchen pun try buat pop corn sendiri. Seronok betul tengok pop corn ni meletup-letup tau dan seronok tengok si kecik makan, rasa tak sabar nak buat lagi. 
*** Home Made Pop Corn ***
Bahan-Bahan
2 sudu besar butter/marjerin (resepi asal guna marjerin, rumah takde marjerin)
2 sudu besar minyak masak
Jagung kering secukupnya

 Bahan salut : Karamel (optional)
1 sudu besar butter/marjerin
5-6 sudu besar gula (sebenarnya gula ikut ni agak2, ikut berapa banyak pop corn yang ada)

Cara-caranya
Pop Corn:
  1. Panaskan butter dan minyak sehingga cair di dalam periuk. Waktu ni kuatkan api, bila butter dah mula cair, kecilkan api pd tahap sederhana besar. (Sila guna periuk bertutup yea, sebab bila masak, pop corn ni meletup-letup. kalau tidak terabur satu dapur)
  2. Apabila butter sudah cair, masukkan jagung kering secukupnya sehingga menutupi dasar periuk dan paras minyak dan butter yang telah cair. Tutup periuk.
  3. Kemudian akan dengar bunyi meletup-letup (kalau guna periuk berpenutup glass, boleh nampak pop corn tu melompat-lompat).
  4. Bila bunyi 'pop' dah kurang rancak, matikan api untuk mengelakkan hangus di bahagian dasar (lebih kurang 10 minit macam tu).Waktu ni penuh pop corn satu periuk (tak perlu kacau sebab kalau buka penutup peiuk, nanti pop corn melompat ke luar).
  5. Keluarkan dan tabur dengan garam. (kalau tak nak letak karamel)
 Karamel:
  • Masak butter dan gula sehingga cair dan keperang-perangan. Guna api sederhana besar dan kacau selalu untuk elak hangus. Kalau guna api terlalu besar, nanti gula akan meletup-letup (sakit kena gula bila panas, boleh melecur). Bila sudah keperangan, tutup api dan masukkan pop corn tadi. Gaul cepat2 sebab gula cepat keras.
karamel Coklat:
  • Buat macam topping kek coklat, guna kaedah double boil. Bila dah cair, masukkan pop corn yang sudah disalut karamel, so jadilah pop corn karamel bersalut coklat.
Mudahkan, tak payah susah2 beli kat GSC.Buat senang, modal sikit, makan pun senang.Selamat Mencuba!
 

++ Kuih tak menjadi : Home Made Pop Corn rentung ++



Hiiii, apa yang hangus tu? ha, inilah home made pop corn yang terhangus hasil cubaan petang semalam. 1st time buat, seperti biasa mesti smallkitchen salah teknik lagi. Oleh sebab terlalu excited melihat pop corn meletup-letup di dalam periuk, smallkicthen tak tutup api walaupun bunyi meletup dah abis. so last-last bahagian bawah pop corn habis hangus. Nasib ada maid, maka dialah jadi mangsa membuat proses pengasingan pop corn hangus ni. 2nd time buat, bila dah tengok pop corn penuh seperiuk dan bunyi meletup hampir nak habis,cepat-cepat matikan api. alhamdulillah, cantik colournya.
Takpelah kan proses belajar memang macam ni, kena cuba berulang kali baru berjaya.

++ Cerita dari Philippine : Tawa Tawa Penawar Denggi ++


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca, diharap semuanya senantiasa ceria. Hari ini smallkitchen ingin berkongsi cerita tentang penawar denggi di Philippine. Smallkitchen tinggal di Davao City di Kepulauan Mindanao. Rata-rata penduduk sini kurang berkemampuan. Kebanyakkan mereka apabila sakit, jarang sekali berjumpa doktor. Jadi mereka hanya makan ubat-uba tradisional. Sistem di sini tidak seperti di Malaysia ubat telah disubsidi, disini walaupun mereka mendapat rawatan dihospital (even goverment hospital), ubat-ubatan perlu dibeli di luar seperti farmasi, jadi tiada istilah subsidi (untungnya jadi rakyat malaysia).


So, hari ini smallkitchen ingin berkongsi info mengenai salah satu herba tradisional yang common di sini terutamanya untuk mengubat denggi. Nama herba tersebut ialah pokok Tawa Tawa or Gatas Gatas atau nama saintifiknya Euphorbia Hirta (Kat Malaysia tak tahu dipanggil apa). Pokok ni tumbuh merata termasuklah di Malaysia,memang senang nak jumpa. Tapi kat Malaysia tak pernah pulak dengar orang bercerita tentang keajaiban pokok ni (kira ajaib lah boleh cure denggi). Smallkicthen discover kegunaan pokok ni bila buat kerja-kerja gardening dengan maid. Maid bagitahu 'neng, ini boleh ubat denggi, kalau demam panas pun boleh'. Maid kata dah diwar-war di televisyen di Davao mengenai kegunaan pokok ni. Jadi smallkitchen cari info di internet serta buat informal interview with a few pinoy. (buat interview dengan parents yang tunggu anak bersama di sekolah).

Penemuan awal menunjukkan ,Tawa Tawa mengandungi anti-viral dan anti-bakteria. Pokok ini boleh meningkatkan tahap platlet darah. Selain itu, pokok ini digunakan untuk mengatasi hydration. Kajian masih dijalankan oleh DOH, Philippine untuk membuktikan keberkesanan pokok ini secara saintifik. Walaupun masih dalam peringkat kajian, doktor di sini biasanya akan mencadangkan pesakit denggi meminum air rebusan Tawa Tawa. Alhamdulillah, daripada informal interview yang dijalankan, kebanyakan pesakit recovered dari denggi. Caranya ialah dengan mengambil 5 - 6 batang pokok Tawa Tawa, bersihkan akarnya, rebus akar Tawa Tawa dan minum air rebusan. 

Diharap sedikit info yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Semoga jumpa lagi!

Rujukan:

++ Kuih tak menjadi : Roti Canai Kematu ++


Assalam kengkawan, hari ini smallkitchen ingin berkongsi dengan para pembaca, koleksi gambar kuih or masakan yang tak menjadi. Tiba-tiba dapat idea nak jadikan gambar kuih yang tak menjadi ini sebagai satu koleksi setelah roti canai yang dibuat pada hari ini keras kematu. Sebenarnya sudah ada beberapa jenis kuih yang tak berapa menjadi seperti karipap, kek gula hangus, donut, pelbagai puding. Tapi waktu tu tak teringat pulak nak snap gambar untuk dijadikan koleksi. Jadi hari ini smallkitchen nak share gambar roti canai keras kematu dengan pembaca. Rasanya bukan salah resepi, sebab rata-rata resepi roti canai ni sama jea. Ini confirm salah teknik menguli, tangan tak cukup kuat.


Tengok tu, kering jea roti canai smallkitchen ni. Keras-keras pun habis jugaklah smallkitchen and hubby makan sebab sayang nak buang dan dah penat-penat buat kan.

Next time, kalau ada resepi tak menjadi smallkicthen upload hasil eksperimen. Untuk para pembaca, bolehlah share gambar eksperimen yang tak menjadi dengan smallkitchen. Kita buat koleksi 'kuih tidak menjadi' bersama-sama. Jumpa lagi!

++ Kek Gula Hangus ++


Sumber: Myresepi
 
Malam tadi smallkicthen buat kuih ni, memang favourite dari dulu tapi tak reti nak buat. Bila jumpa resepi ni terus buat. Actually ni 2nd attempt, baru menjadi. 1st attempt dulu, penuh tragedi. Mula-mula buat sampai melecur-lecur tangan, bahagian bawah kek hangus,dah lah tu sarang tak jadi, nasib rasa ada. Malam tadi buat sekali lagi, waktu tu anak sedang tidur dan hubby pun belum balik kerja lagi. Alhamdulillah jadi tanpa sebarang tragedi (senyum dengan rasa bangga, bukan riak tau). So sekarang, oleh sebab dah jadi nak share resepi ni dengan kawan-kawan. Modal sikit dan cara nak buat pun senang.

 
** Kek Gula Hangus **

 
Bahan-bahan:
1 cawan gula hangus
1 cawan air
2 sudu besar butter/marjerin
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikabornat
Aluminium foil untuk lapik loyang pembakar(takde pun takpe)

 
Cara-caranya:
  1. Masak gula sehingga keperang-perangan pada api sederhana. Selepas tu masukkan air sedikit demi sedikit. (waktu inilah tragedi melecur tangan terjadi kerana salah teknik. So make sure masukkan air sedikit2, kacau dengan senduk bertangkai panjang, sebab gula tu meletup2).
  2. Lepas gula dah cair, masukkan butter dan biar sejuk.
  3. Pukul telur sehingga kembang dan pekat.
  4. Kemudian masukkan susu pekat sedikit-sedikit dan kacau sebati.
  5. Ayak tepung gandum bersama soda bikabornat. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan susu pekat.Kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan gula yang telah sejuk dan kacau sebati. Perap 3-4 jam (smallkitchen biar jea adunan dalam mangkuk mixer dan tutup dengan tuala kering, perap pun 2 jam jea,sebab dah tengah malam tak larat nak tunggu).
  7. Selepas perap lapikkan aluminium foil dalam loyang pembakar dan sapu dengan butter atau marjerin. Panaskan loyang pembakar sekejap, kemudian masukkan adunan dan bakar pada suhu 160-180 celcius selama 1 jam. ( smallkitchen guna aluminium foil untuk elak hangus bahagian bawah kek. resepi asal tak guna aluminium foil, tapi sebab 1st time buat hangus, so ambil langkah berjaga-jaga).
Jeng, jeng,jeng... kek kita dah siap. cuba tgk sarang dia, walaupun perap 2 jam banyak juga sarang dia. so bayangkan lah kalau perap 4 jam kan, mesti lagi cantik sarang dia. Selamat Mencuba!!!

++ Nasi Impit Goreng ++


** Nasi Impit Goreng **

Hari minggu lepas, Smallkitchen dok pikir nak masak apa pagi ahad nanti. Check2 kabinet ada nasi impit. So decide malam tu esok masak nasi impit goreng as breakfast. Actually resepi nie simple saja, tapi hubby suka sgt. Sampai bertambah-tambah.Simple itu lagi menyelerakan. Betul tak..??


Bahan-Bahan

2 paket nasi impit
10 ekor Udang (sederhana besar)
5,6 Biji Cili Kering
1 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
3 Sudu Sos Tiram
Daun Bawang
Taugeh
Garam
Gula

Cara-Cara

1. Rebus nasi impit. Smallkitchen rebus malam sebelum masak, letak dlm dulang then letak lesung batu atas penutup dulang. Nak bagi nasi tu betul-betul padat and air dia keluar habis. Potong segiempat kecil-kecil atau ikut suka.
2. Cili kering diblander dengan bawang besar dan bawang putih. Smallkitchen masukkan belacan sikit.
3. Udang dibuang kulit. Kulit udang tu blander dengan sedikit air, tapis ambik air udang tersebut.
4. Panaskan minyak. Tumis cili kering sehingga masak.
5. Masukkan udang, kacau. Bila udang dah separuh masak, masukkan air kulit udang tadi dan sos tiram.Masukkan juga garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Kacau lagi.
6. Bila kuah sudah hampir mendidih,masukkan nasi impit tadi. Gaul sehingga nasi impit sebati dengan kuah.
7. Akhir sekali barulah masuk kan daun bawang dan taugeh. Gaul sebati.Jangan lama sangat. Taugeh nie sedap makan bila ranggup
8. Bolehla dihidangkan.

++ Bengkang Roti ++


Sumber: Myresepi.com

Beberapa hari ni rajin untuk 'menguihkan' diri. Hari ni perasan roti dah nak expired, jadi saja buat bengkang roti untuk makan petang. Kat malaysia biasanya beli jea kuih ni, tapi bila dok negara orang ni kenalah buat sendiri. Honestly smallkitchen rasa sedap (ewah3x ,puji diri sendiri lah pulak) bengkang roti ni, manis2 buah, sedang-sedang lemak jea, tekstur kuih pun cantik.Dan yang paling best senang jea buat kuih ni.

**Bengkang Roti**
Bahan-bahan:
3 biji telur
3/4 cawan gula
2 tsp butter/marjerin
500 ml santan ( santan kotak, 250 ml santan + 250 ml air)/ 500 ml susu cair
7-8 keping roti sandwich/potong
1/4 tsp garam
1 cawan tepung gandum
Segengam kismis
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:
  1. Blender telur dan gula bersama. Setelah sebati masukkan butter dan blender lagi.
  2. Masukkan santan dan roti dan biar seketika. Kemudian blender sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, esen vanila dan garam, blender sehingga sebati. Kemudian masukkan kismis dan kacau sahaja (tak perlu blender).
  4. Sapukan marjerin/butter pada loyang dan panaskan seketika di dalam oven. setelah loyang panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu 170 celcius selama 40 minit.
Smallkitchen guna measurement cup untuk sukatan bahan-bahan. Kalau tak nak blender, boleh kacau guna tangan jea, cos waktu smallkitchen buat tetiba blackout,so kacau guna whisk jea untuk buat adunan.



++ Bingka Hijau ++


Sumber: Joayee (Myresepi.com)


Kuih orang dulu-dulu, ada yang panggil bingka hijau, ada yang panggil kuih bakar. Kalau di Malaysia kuih ni melambak, tapi nak jumpa yang sedap susah jugaklah. Di philppine ni pun ada kuih bingka, cuma rasa dan warna dia lain sikit. Jadi semalam terjumpa satu resepi kuih bingka hijau yang simple dan dapat good respose dari pembaca. Memang tak sia-sia cuba, cukup lemak, cukup manis, gerenti sedap.

**Bingka Hijau**

Bahan-bahan:-
1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/4 cawan santan / 1 tin santan = 450 ml ( smallkitchen campur freshmilk sikit sbb santan tak cukup, hehehe)
2 tsp butter (agak-agak
3 biji elur
1/2 tsb garam
Bijan untuk ditabur (smallkitchen tak tabur pun sebab tiada bijan)

Cara-caranya:

  1. Blender semua bahan di atas kecuali bijan.

  2. Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam loyang pembakar. Masukkan loyang dalam oven, bila minyak sudah panas, masukkan bahan yang telah diblender ke dalamnya.

  3. Tabur bijan di atasnya dan bakar pada suhu 180 celcius sehingga keperangan.(Oven smallkitchen ada api bawah jea, jadi kurang sikit keperangan kuih yang dibuat).
Kuih ni makin banyak kerak makin sedap.

P/S :- please guna measurement cup sebab saiz cawan berbeza-beza

++ Macaroni Cheese Baked ++


** Macaroni Cheese Baked **


Salah satu menu yang Smalkitchen rajin bawak ke pejabat untuk kawan2 atau potluck. Menu ni dulu mak Smallkitchen rajin buat.Tapi mak buat macaroni baked biasa , no  cheese. Then terjumpa lak resepi yang ada bubuh cheese, dari blog Resepidiana. Resepi asal dari saudari Puteri Dee. Smallkitchen ubah-ubah sikit resepi nie. Even banyak cheese tapi tak muat.Smallkitchen tulis resepi bersama gambar cara buat atas permintaan kawan Smallkitchen. Nanti boleh merasa air tangan beliau pula..Selamat Mencuba.


Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)

1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow


Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional/Cendawan Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
3 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
2,3 Biji Tomato(Nak Kasi Pekat Kuah) cincang halus buang biji
5,6 Biji Cili padi thailand (Potong halus)
2 Biji Cili Merah (potong halus)
Air (1 tins sos campbell + 1 tin air)
Minyak untuk menumis(kalau nak wangi, bole guna sesame oil)
Garam /Garlic Salt Secukupnya
Daun Barsil/Daun Parsley (kering)


Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
¼ cawan air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
½ susu teh serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut

Cara-caranya

1. Rebus Macaroni sehingga lembut.Boleh ikut arahan belakang pembungkus macaroni yang dibeli.Toskan.

Cara untuk Sos Pasta:
1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi Thailand,cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan bahan layu.

3. Masukkan pula daging cincang dan bila daging telah bertukar warna (gelap sedikit dari asal) masukkan cendawan butang.

4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional/Cendawan Pasta Sauce.
5. Tambah air. Selalunye smallkitchen akan guna tin Campbell sebagai sukatan. Satu tin sos campbell, Smallkitchen akan masukkan satu tin air juga.

6. Setelah kuah mendidih sikit, masukkan daun basil/parsley, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing



Cara untuk Sos Cheese:
1. Panaskan periuk dgn mengunakan api yang sederhana kecil. Masukkan mentega. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung gandum. Dengan menggunakan senduk atau whisk kacau tepung tersebut hingga sebati dengan mentega. Kacau selalu bagi mengelakkan tepung hangus atau bergentil-gentil.

2. Kemudian masuk pula sedikit susu segar dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk/senduk .Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan air. Kacau dengan whisk selalu utk mengelakkan tepung dari melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.


3. Bila sos dah didih sikit baru masukkan keju cheddar yang dah parut tadi dan kacau hingga cair. Masukkan juga serbuk lada hitam. Bila semua cheese dah cair, padamkan api .Cheese sos nie jangan cair sgt dan jangan pekat sangat



Note : Untuk buat sos cheese nie kena ingat api sederhana besar dan pastikan sentiasa kacau. Sebab bila dah campur susu dengan tepung gandum tu, adunan akan cepat pekat. Nanti hangus bahagian bawah and tepi.

 
Cara menyediakan Macaroni and Cheese
1. Sos pasta yang telah disediakan tadi digaul dengan macaroni. Macaroni yang dah gaul dengan sos pasta  kena lembab-lembab sedikit.

2. Masukkan macaroni separuh loyang,bubuh lapisan pertama sos cheese.Kemudian masuk lagi macaroni, Jng penuh sgt loyang tu.Buat lapiskan sos cheese lagi.

3. Lastly, tabur mozella cheese di atas macaroni
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C dlm masa 20-30 min or sehingga permukaannya kekuningan.

Note : Kalo nak simpan dulu, esok bakar pun bole.Bila dah letak cheese tu bole wrap macaroni simpan dlm peti ais. Esok keluarkan, biar sekejap dan bakar. Tapi lebih sedap dibuat fresh.

++ Nasi Beriyani Johor ++


Nyum, nyum, nyum... inilah dia nasi beriyani batu pahat, dihidangkan bersama ayam masak merah, kuah beriyani ayam dan acar jelatah. Memang membuka selera. Smallkitchen buat untuk lunch tadi.1st time buat dah jadi, tak sia-sia. Thank you mrsdayat (sumber: myresepi.com) empunya resepi. resepi ni come together with resepi kuah beriyani. Smallkicthen ubah sikit-sikit ikut ingredient yang ada di sini.
 
*** Nasi Beriyani Batu Pahat ***
 
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi (ni bawa dari Malaysia)
4 1/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 kiub ayam (yang ni saya tambah sendiri)
Sedikit rempah tumis
3 sudu minyak sapi (smallkitchen guna butter jea sebab sini tak ada minyak sapi)
1 labu bawang besar, dihiris bulat
7 biji bawang merah kecil dikisar
6 biji bawang putih dikisar
2 " halia ( lbih kurang saiz ibu jari) dikisar
2 -3 sudu rempah beriyani
Sedikit daun pudina, daun sup dan daun bawang (smallkitchen tak letak sebab terlupa nak beli)
1 sudu garam (smallkicthen letak 1 1/2 sudu garam sebab saiz cawan besar)
Sedikit pewarna kuning
Gajus dan kismis digoreng (smallkitchen masukkan kismis yang tidak digoreng)
 
Cara-caranya:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriyani. Kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, goreng sehingga layu. Masukkan pula 3 sudu besar bahan-bahan yang telah dikisar (yang lebih untuk kuah beriyani). Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan air, stok ayam dan biar mendidih
  5. Setelah air mendidih, masukkan garam, daun-daun dan beras. Kacau sekejap.
  6. Kemudian masak guna rice cooker sehingga masak.
  7. Setelah nasi masak, keluarkan daun yang ada dan tambah susu cair, sedikit pewarna kuning ke dalam nasi, gajus dan kismis . Gaul sekejap untuk ratakan pewarna.
  8. Masukkan 2 senduk kuah beriyani (optional, kalau ada lagi best) dan gaul. (smallkitchen campur dalam nasi bila nak makan).

Jeng, jeng, jeng nasi kita sudah siap. Lepas ni tak payah makan kat kedai mamak.
 

++ Cucur Udang ++


Mesti terliurkan tengok cucur udang ni kan, terutamanya bila tengok kedudukan udang tu terletak jea. Smallkitchen buat cucur udang ni untuk sarapan pagi sebab hubby suka. Biasanya mak smallkitchen akan buat sambal kacang sebagai pencecah. Tapi smallkitchen buat sos biasa jea sebagai pencecah. Smallkitchen ambil resepi dari myresepi.com sumbangan junjs11, setakat ni resepi yang junjs11sumbangkan tidak mengecewakan.

*** Cucur Udang ***
Bahan-bahan:
Untuk cucur:
  • 250 gm tepung gandum (disini guna all purpose flour)
  • 15-20 ekor udang sederhana besar
  • 1 sudu kecil soda bikabornat ( kat sini tiada, so saya guna baking soda)
  • Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
  • Lobak merah dihiris halus
  • Daun Kucai
  • Taugeh
  • Air suam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk pencecah:
  • 6 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar
  • 2-3 sudu sos cili
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-caranya
  1. Campur semua bahan untuk cucur dalam mangkuk kecuali udang. Smallkitchen letak lobak merah jea sebab tiada daun kuchai dan taugeh. Bancuh dengan air suam supaya tekstur dalam cucur lembut (petua mak, buat kuih pun guna air suam yang telah dimasak)
  2. Panaskan minyak dan rendam sudip yang ingin digunakan sebagai acuan dalam minyak tersebut.
  3. Setelah cukup panas, masukkan adunan tepung dalam sudip tadi (2) dan letakkan udang di atas tepung. Rendam dalam minyak panas seketika dan kemudian longkahkan cucur dari sudip. Ulang langkah (2)
  4. Bila sudah kekuningan angkat cucur dan hidangkan bersama pencecah.
P/s: Masak cucur pada api sederhana besar. Sekiranya api terlalu kecil, cucur akan serap minyak dan sekiranya api terlalu besar, cucur akan cepat hangus.

Penyediaan sos:
Masak semua bahan bersama sehingga mendidih. Sekali sekala kacau.