** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Puding Roti ++




Puding yang selalu small kitchen buat untuk kawan-kawan and family. Resepinye simple sajer.Semua boleh cuba.. Sejam dah bole siap..Sedap makan semasa panas..Masa kecik-keci, mak rajin buat..Sekarang kena la buat sendiri kan..Picture tak menarik sgt..Nanti small kitchen uploadkan yang lain ek..Selamat mencuba..


** PUDING ROTI **


Bahan-Bahan:
1. Satu Buku Roti (Selalu guna gardenia)
2. 400ml susu segar
3. 250gram Gula Kastor
4. 4biji Telur
5. 125gram butter
6. Sedikit esen vanilla

Cara-cara Memasak:
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar,butter dicairkan dan dipukul dengan telur satu persatu sehingga sebati.
3. dengan api yang kecil, panaskan susu dan gula kastor sehingga gula larut.
4. Kemudian masukan adunan susu tadi kedalam adunan mentega dan telur.Kacau sehingga sebati.
5. Titiskan beberapa titik esen vanilla ke dalam aduanan,kacau.Setelah sebati, adunan ini dituang ke dalam loyang pembakar
6. Carik-carikkan kepingan roti ke dalam aduanan. Rendam seketika supaya aduanan meresap ke dalam roti.
7. Bakar di dalam oven selama 20-30min atau sehingga puding roti tidak melekat semasa dicucuk lidi pemguji.


Note : Kalo nak tambah Kismis pun boleh.Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, campur dengan kismis dulu.

0 comments:

Post a Comment