Resepi asal 'manggo fillet delight' ni smallkitchen belajar buat dari kawan di philippine, tapi smallkitchen dah ubah suai ikut selera orang kita. Sedap di makan ketika sejuk, rasa macam makan aiskrim. yang paling best senang jea buatnya. Marilah cuba!
** Manggo Fillet Delight **
Bahan-bahan:
2 biji buah mempelam dipotong nipis-nipis
200 ml whipping cream/all purpose cream
1/2 tin susu pekat manis / secukup rasa
2 pek biskut graham
Cara-caranya:
1. Campurkan whipping cream/all purpose cream dan susu pekat manis ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
2. Susun satu keping biskut dalam bekas, kemudian letakkan krim (1) di atas biskut, ratakan. Kemudian letak sekeping buah mempelam yang telah di potong nipis2 di atas biskut tadi dan letakkan krim (1) dan letak biskut di atasnya. Ulang langkah ini sehingga menjadi 3 lapisan.
Biskut yang telah siap disusun
3. Hancurkan beberapa keping biskut sehingga menjadi serbuk dan kemudian tabur diatas (2).
4. Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam, dan boleh dihidang.
ni tekstur kat bahagian dalam..nyum,nyum,nyum...
Ini lah biskut Grahams.
Inilah rupanya biskut 'Grahams'. Rasanya macam biskut marie kita, cuma bentuk berbeza. Kalau kat malaysia boleh guna biskut marie or biskut 4 segi, macam biskut cap 'ping pong'.
2 comments:
kak husna,ni kena link ni.hahahahaha.barula pndai masak heeee
hahaha..Link la..meh akak link..
Nie blog akak n kak ipor ku di philiphine..hehehe..
Ada resepi dr sini and philiphine..selamat mencuba..
Post a Comment