Tiba-tiba teringin nak makan abok-abok sagu semalam bila teringat arwah mak saudara. Arwah suka buat kuih ni untuk minum petang. Kuih ni mudah disediakan dan murah modalnya. Sedap dimakan ketika panas.
** Abok-abok sagu **
Bahan-bahannya:
- 300 gm sagu dibasuh dan ditoskan (tidak perlu direndam)
- 1 biji kelapa (putih sahaja)
- Gula melaka dipotong kecil-kecil/brown sugar
- Sedikit garam
- Daun pisang secukupnya
- Lidi untuk cucuk
Cara-caranya:
- Gaul sagu dan kelapa bersama. Campurkan garam secukup rasa.
- Bentuk daun pisang menjadi kon. Kalau tak nak menggunakan daun pisang boleh gunakan mangku2 kecil yang tahan panas.
- Kemudian masukkan 1 sudu besar bahan (1) ke dalam daun pisang (2) dan tabur gula melaka di atasnya.
- Guna lidi untuk cucuk daun pisang.
- Kukus selama 20-30 minit, dan siap dihidang.
Abok-abok yang telah siap dikukus. smallkitchen tiada lidi, so guna stappler.
0 comments:
Post a Comment