** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Choclate Cake Moist++


Atas permintaan adik ipar, smallkitchen upload resepi kek coklat lembap yang biasa smallkitchen buat kalau ada majlis makan-makan. Resepi ni smalkitchen dapat dari arwah mak sedara.Kali ini smallkitchen guna serbuk koko untuk buat topping kek,resepi untuk topping dapat dari interne, tapi tak ingat nama blog. Smalkitchen tabur dengan serbuk biskut lebihan buat manggo fillet delight last time, saja tak nak membazir.Sedap jugak rasanya, mudah untuk disapu di atas kek.

 
 ** Choclate cake moist **

 
Bahan-bahan untuk kek:
Bahan A:

  • 2 oz serbuk koko
  • 2 oz gula pasir
  • 3/4 cawan air
 Bahan B:

  • 1 buku butter 250gm) atau 12 oz marjerin (boleh dicairkan optional)
  • 6 biji telur grade A diasingkan kuning dan putih
  • 10 oz gula castor/gula halus
  • 8 oz tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • Sedikit esen vanila

Bahan topping:

  • 1 tin susu pekat manis
  • 90 gm serbuk koko
  • 100 ml butter cair (agak-agak)
  • Sedikit esen vanila
Cara-caranya:
  1. Masak bahan-bahan A atas api kecil, kacau sehinggan mendidih supaya tidak hangus. Kemudian biar sejuk.
  2. Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan gula castor. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati.Kemudian masukkan telur kuning dan pukul lagi.
  3. Setelah sebati, masukkan butter sedikit demi sedikit(sekiranya tidak dicairkan), pukul sehinga sebati dan masukkan bahan A dan esen vanila.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Kacau sehingg sebati.
  5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 celcius selama 40 minit.
Untuk topping:
  1. Masak susu pekat manis seketika, kemudian masukkan serbuk koko dan esen vanila.
  2. Kacau hingga sebati dan masukkan butter. Kacau sehingga mendidih dan berkilat (smallkitchen guna teknik double boil). Tutup api dan biar suam. Kemudian sapu di atas kek yang telah masak.

 
P/S: Sapukan loyang pembakar dengan butter / marjerin dan kemudian ratakan tepung gandum di dalamnya.Panaskan seketika didalam oven. Ini memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.

0 comments:

Post a Comment