** ASAM PEDAS IKAN TERUBUK **
Resepi nie SmallKitchen dapat dari Smallkitchen nye kakak Ipar..One of owner blog nie gak..hehehe..Asam pedas yang kak ipar but lagi sedap la.Orang Johor memang terkenal dengan Asam Pedas kan.Setakat nie still tak bole ikut lagi 100%..Tapi komen kawan-kawan yang makan Asam Pedas Small Kitchen alhamdullilah..Sedap..Nanti Small Kitchen Buat lagi..
Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk sederhana besar (any ikan)
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit garam dan gula
1 sudu sos tiram
2 Kuntum Bunga Kantan (potong 4)
Daun Kesum seikat atau dua (ikut citarasa masing-masing)
Bendi
Tomato
Bahan-Bahan Untuk Dikisar :
5 – 6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar 1/2 jari manis
1 mangkuk cili kering
Cara-Cara :
1. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dengan api yang sederhana besar sehingga bahan pecah minyak dan naik bau (warna akan bertukar menjadi gelap sedikit dari warna asal). Setiasa kacau bahan yang ditumis supaya tidak hangus di bahagian bawah
2. Setelah bahan ditumis masak, masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan ikan terubuk. Biar sekejap baru masukkan bendi.
3. Masukkan garam, gula dan sos tiram ikut citarasa .Biarkan ia mendidih. Siap!
Note : Kalau kurang asam tambahkan air asam jawa. Kalau kurang lemak, tambah sos tiram. Asam pedas nie bak kata kakak ipar, lagi banyak bawang lagi manis and pekat kuahnya.
0 comments:
Post a Comment