** Story From Small Kitchen **

Art of Sharing

Sharing, it could be an art. An art or tradition of sharing. I am not just referring to sharing recipes but you can share whatever kind of knowledge that you have with people around you.So I create "Story From Small Kitchen" blog to share my recipes with my friends also I love to hear and try my friends recipe.So I hope, with this blog, we can share not only recipes but new experience from each other.Do enjoy read this blog and leave you comment.

++ Nasi Beriyani Johor ++


Nyum, nyum, nyum... inilah dia nasi beriyani batu pahat, dihidangkan bersama ayam masak merah, kuah beriyani ayam dan acar jelatah. Memang membuka selera. Smallkitchen buat untuk lunch tadi.1st time buat dah jadi, tak sia-sia. Thank you mrsdayat (sumber: myresepi.com) empunya resepi. resepi ni come together with resepi kuah beriyani. Smallkicthen ubah sikit-sikit ikut ingredient yang ada di sini.
 
*** Nasi Beriyani Batu Pahat ***
 
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi (ni bawa dari Malaysia)
4 1/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 kiub ayam (yang ni saya tambah sendiri)
Sedikit rempah tumis
3 sudu minyak sapi (smallkitchen guna butter jea sebab sini tak ada minyak sapi)
1 labu bawang besar, dihiris bulat
7 biji bawang merah kecil dikisar
6 biji bawang putih dikisar
2 " halia ( lbih kurang saiz ibu jari) dikisar
2 -3 sudu rempah beriyani
Sedikit daun pudina, daun sup dan daun bawang (smallkitchen tak letak sebab terlupa nak beli)
1 sudu garam (smallkicthen letak 1 1/2 sudu garam sebab saiz cawan besar)
Sedikit pewarna kuning
Gajus dan kismis digoreng (smallkitchen masukkan kismis yang tidak digoreng)
 
Cara-caranya:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriyani. Kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, goreng sehingga layu. Masukkan pula 3 sudu besar bahan-bahan yang telah dikisar (yang lebih untuk kuah beriyani). Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan air, stok ayam dan biar mendidih
  5. Setelah air mendidih, masukkan garam, daun-daun dan beras. Kacau sekejap.
  6. Kemudian masak guna rice cooker sehingga masak.
  7. Setelah nasi masak, keluarkan daun yang ada dan tambah susu cair, sedikit pewarna kuning ke dalam nasi, gajus dan kismis . Gaul sekejap untuk ratakan pewarna.
  8. Masukkan 2 senduk kuah beriyani (optional, kalau ada lagi best) dan gaul. (smallkitchen campur dalam nasi bila nak makan).

Jeng, jeng, jeng nasi kita sudah siap. Lepas ni tak payah makan kat kedai mamak.
 

++ Cucur Udang ++


Mesti terliurkan tengok cucur udang ni kan, terutamanya bila tengok kedudukan udang tu terletak jea. Smallkitchen buat cucur udang ni untuk sarapan pagi sebab hubby suka. Biasanya mak smallkitchen akan buat sambal kacang sebagai pencecah. Tapi smallkitchen buat sos biasa jea sebagai pencecah. Smallkitchen ambil resepi dari myresepi.com sumbangan junjs11, setakat ni resepi yang junjs11sumbangkan tidak mengecewakan.

*** Cucur Udang ***
Bahan-bahan:
Untuk cucur:
  • 250 gm tepung gandum (disini guna all purpose flour)
  • 15-20 ekor udang sederhana besar
  • 1 sudu kecil soda bikabornat ( kat sini tiada, so saya guna baking soda)
  • Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
  • Lobak merah dihiris halus
  • Daun Kucai
  • Taugeh
  • Air suam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk pencecah:
  • 6 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar
  • 2-3 sudu sos cili
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-caranya
  1. Campur semua bahan untuk cucur dalam mangkuk kecuali udang. Smallkitchen letak lobak merah jea sebab tiada daun kuchai dan taugeh. Bancuh dengan air suam supaya tekstur dalam cucur lembut (petua mak, buat kuih pun guna air suam yang telah dimasak)
  2. Panaskan minyak dan rendam sudip yang ingin digunakan sebagai acuan dalam minyak tersebut.
  3. Setelah cukup panas, masukkan adunan tepung dalam sudip tadi (2) dan letakkan udang di atas tepung. Rendam dalam minyak panas seketika dan kemudian longkahkan cucur dari sudip. Ulang langkah (2)
  4. Bila sudah kekuningan angkat cucur dan hidangkan bersama pencecah.
P/s: Masak cucur pada api sederhana besar. Sekiranya api terlalu kecil, cucur akan serap minyak dan sekiranya api terlalu besar, cucur akan cepat hangus.

Penyediaan sos:
Masak semua bahan bersama sehingga mendidih. Sekali sekala kacau.


++ Nasi Lemak Kukus, Sambal Sotong ++


Smalkitchen suka buat nasi lemak kukus ni walaupun remeh sebab anak dan hubby suka. Nasi tak berkerak dan nampak cantik. Lagi pun kalau buat nasi lemak yang tanak, smallkitchen tak berapa pandai nak budget air, so kalau kukus ni tak ada isu nasi jelatah atau terlembik.
Kali ini smallkitchen hidangkan bersama dengan sambal sotong kering. Sotong kering ni keluarga kirim dari Malaysia. Sedapnya, tambahan makan bersama nasi lemak. Nyum,nyum,nyum...
 
 ** Nasi Lemak Kukus, Sambal Sotong **
 
Bahan-Bahannya:
Bahan Untuk Nasi (5-6 orang):
  • 5 cawan nasi
  • 1 tin santan or 1 1/2 biji santan pekat (lemak ikut selera individu)
  • Garam secukup rasa
  • Halia sebesar ibu jari ( dihiris atau dketuk)
  • Daun pandan
Cara-caranya:
  1. Basuh beras dan toskan.Kukus beras yang telah dibasuh selama 20 minit. Buat lubang menggunakan jari pada permukaan beras sebelum dikukus agar wap air naik.
  2. Angkat dan rendam beras yang telah dikukus dengan air selama 3-4 jam (atau semalaman) untuk proses penyejukkan. Air boleh ditukar untuk mempercepatkan proses penyejukkan.
  3. Kemudian kukus balik dalam masa 10 minit dan angkat.
  4. Gaul bersama santan dan garam secukupnya (boleh rasa untuk pastikan kelemakan nasi) dan kukus baliksehingga masak. Letakkan daun pandan dan halia di atas nasi ketika kukus. Nasi akan kelihatan berkilat bila sudah masak.

P/s: Setiap kali kukus, buat lubang pada permukaan nasi supaya wap air naik untuk memudahkan nasi masak.

 
Bahan-bahan untuk sambal sotong:
  • 3 keping sotong kering direndam
  • 3 senduk cili kering yang telah dikisar
  • 15 biji bawang merah/ 6 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Secubit belacan
  • 5 biji Bawang besar dipotong bulat2
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air asam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya
  1. Rendam sotong dengan ubatnya semalaman. Kemudian basuh bersih-bersih supaya bau ubat tidak melekat. Jika tiada ubat, sotong boleh direbus sehingga lembut. Potong kecil-kecil.
  2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan bersama.
  3. Panaskan minyak  dan goreng bawang besar yang dipotong bulat2. angkat.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan garam dan gula dan tumis sehingga naik minyak (sampai lada masak) supaya sambal tahan lama dan tidak berapa pedas.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, bawang yang telah digoreng dan sos tiram,biar seketika.
  6. Masukkan sotong yang telah dipotong kecil. Masak hingga sotong lembut dan mendidih. Tambah garam, gula dan air jika perlu.
  7. Akhirnya sudah siap sambal sotong kita.
P/s: Kisar cili bersama sedikit minyak masak supaya biji cili mudah hancur. Make sure masak lada betul2 sampai masak, supaya sambal tahan lama. Boleh ganti sotong dengan ikan sepat kering, ikan bilis, telur or anything yang korang suka. Selamat mencuba!!!

++ Choclate Cake Moist++


Atas permintaan adik ipar, smallkitchen upload resepi kek coklat lembap yang biasa smallkitchen buat kalau ada majlis makan-makan. Resepi ni smalkitchen dapat dari arwah mak sedara.Kali ini smallkitchen guna serbuk koko untuk buat topping kek,resepi untuk topping dapat dari interne, tapi tak ingat nama blog. Smalkitchen tabur dengan serbuk biskut lebihan buat manggo fillet delight last time, saja tak nak membazir.Sedap jugak rasanya, mudah untuk disapu di atas kek.

 
 ** Choclate cake moist **

 
Bahan-bahan untuk kek:
Bahan A:

  • 2 oz serbuk koko
  • 2 oz gula pasir
  • 3/4 cawan air
 Bahan B:

  • 1 buku butter 250gm) atau 12 oz marjerin (boleh dicairkan optional)
  • 6 biji telur grade A diasingkan kuning dan putih
  • 10 oz gula castor/gula halus
  • 8 oz tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • Sedikit esen vanila

Bahan topping:

  • 1 tin susu pekat manis
  • 90 gm serbuk koko
  • 100 ml butter cair (agak-agak)
  • Sedikit esen vanila
Cara-caranya:
  1. Masak bahan-bahan A atas api kecil, kacau sehinggan mendidih supaya tidak hangus. Kemudian biar sejuk.
  2. Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan gula castor. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati.Kemudian masukkan telur kuning dan pukul lagi.
  3. Setelah sebati, masukkan butter sedikit demi sedikit(sekiranya tidak dicairkan), pukul sehinga sebati dan masukkan bahan A dan esen vanila.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Kacau sehingg sebati.
  5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 celcius selama 40 minit.
Untuk topping:
  1. Masak susu pekat manis seketika, kemudian masukkan serbuk koko dan esen vanila.
  2. Kacau hingga sebati dan masukkan butter. Kacau sehingga mendidih dan berkilat (smallkitchen guna teknik double boil). Tutup api dan biar suam. Kemudian sapu di atas kek yang telah masak.

 
P/S: Sapukan loyang pembakar dengan butter / marjerin dan kemudian ratakan tepung gandum di dalamnya.Panaskan seketika didalam oven. Ini memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.

++ Grill tenggiri ++


Resepi ni dapat dari blog rinn chan, resep dari kak liza. Nama asal resepi ni ialah stik ikan tenggiri, tapi smallkitchen buat versi smoke fish. Smallkitchen hidangkan bersama sos lada hitam dan sedikit sayur-sayuran. Resepi yang ringkas, sihat dan sedap.
**Grill Tenggiri**
Bahan-Bahannya:
Ikan:

  • 2 keping ikan tenggiri

  • 3 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar erbuk lada hitam (boleh diganti dengan black paper paste)

  • Sedikit kunyit serbuk

  • Garam secukupnya
 Black paper sauce:
  • 1 sudu buter
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 ulas bawang merah dicincang
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu brown powder dilarutkan dengan sedikit air
  • 1/2 sudu serbuk stok ayam/1/2 kiub stok ayam
  • Air secukupnnya
Cara-caranya:


Ikan:


  • Perap ikan tenggiri dengan sos tiram, lada hitam, kunyit dan garam secukupnya selama 5-10 minit.Kemudian balut dengan aluminium foil dan bakar sehingga ikan masak. Untuk resepi stik, panggang ditempat pemanggang atau bakar tanpa aluminium foil sehingga ikan masak dan garing.

Black paper sauce:

  • Panaskan minyak bersama butter.
  • Apabila butter telah cair, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang. Biar sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan tepung gandum, kacau supaya tidak berketul-ketul.
  • Apabila tepung gandum telah kekuningan, masukkan pula serbuk lada hitam dan brown powder, masak seketika dan kemudian masukkan air secukupnya.
  • Masukkan stok ayam, sedikit garam dan gula. Kacau sehingga mendidih.
Setelah masak boleh dihidang bersama ikan yang telah siap di 'grill'. Boleh dihias dengan sayur kegemaran anda.


++ Black Pepper Chicken Chop ++


**Black Pepper Chicken Chop**


Menu makan malam bersama hubby minggu lepas. Saja nak buat kelainan. Smallkitchen sediakan nasi goreng butter and kacang panggang as side dishes tapi side dishes tu terpulang pada individu. Nak hidangkan dengan mashed potato, coleslaw or apa-apa saja ikut selera masing-masing. Dulu waktu mula-mula nak belajar buat Chicken Chop,Smallkitchen banyak refer blog2 masakan. Tapi yang nie paling best. Smallkitchen dapat dari web myresepi sumbangan Aeeda78.Thanks..

Bahan-bahan :
(untuk diperap)
2 paha ayam . Kalo rajin bole debonekan ayam nie.
Butter untuk menggoreng.(Boleh jugak nak tukar dengan minyak masak/zaitun)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa


Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman.Smallkitchen perap ayam dari pagi sebab nak masak malam.Kalo nak masak as lunch, perap ayam dari malam sebelumnye. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok.
2. Selepas diperap dan bahan sudap diserap elok oleh ayam, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan butter yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. Pastikan api sederhana besar ek.
3. Balik-balikkan ayam sehingga masak tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy.
4. Lebihan bahan perapan tadi boleh la dimasak dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5. Boleh dihidangkan dengan sos black pepper. Samllkitchen buat sendiri sos black pepper nie.Resepi untuk black pepper sauce nani smallkitchen upload kay..

Note : Menu nie actually senang nak buat. Cuma ayam tersebut perlu diperap lama untuk bahan perapan sebati dengan ayam.Paling kurang 8-12jam. Baru ayam tersebut rasa sedap sebab bahan perapan dah meresap ke dalam ayam. Yummy!!!

++ Salmon Steak with White Sauce ++


** SALMON STEAK WITH WHITE SAUCE **

Menu hari minggu. Smallkitchen tertiba rasa nak makan salmon steak.Dah lama tak buat.So minggu nie smallkitchen ke carrefour mencari ikan salmon.Resepi nie dulu smallkitchen abek dlm web my resepi sumbangan skyblue tak silap.Dah lama dah resepi nie. Smallkitchen ubah sikit-sikit ikut citarasa Smallkitchen sekeluarga. Selalu Smallkitchen hidang dengan nasi goreng butter. Hubby  suka sgt terutama sos putih tu.

Bahan-bahan
2 keping ikan salmon sederhana besarnya.
1 sudu besar minyak zaitun/butter
1 Biji Lemon (diambil Jusnya)
Secubit garam
Secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar buttercup
2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (guna yang hidup lagi sedap) 
1 cawan susu segar
Sedikit garam
1/2 sudu teh lada hitam

Cara-cara:
Penyedian Ikan Salmon ( SmallKitchen perap dalam ½ Jam)
1. Ikan disalut dgn garam ,lada hitam dan perahan jus lemon.Sediakan non-stick pan untuk mengoreng Goreng dgn minyak zaitun atau butter sehingga perang/masak. Tak lama, dlm 4-5min sahaja.
2. Angkat ikan selepas keperangan-perangan.

Penyedian Sos
1. Cairkan butter dlm periuk kecil dengan api yang kecil .Goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat dengan bawang.
3. Masukkan pula susu dan daun parsli kering.Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masuk kan lada hitam dan garam mengikut citarasa.
5. Kacau sehingga kuah pekat sedikit.

Note : Ikan salmon ini boleh dihidangkan dengan nasi goreng butter,hirisan lemon dan tomato. Tuangkan sos putih di atas ikan.

++ Abok-abok sagu ++



Tiba-tiba teringin nak makan abok-abok sagu semalam bila teringat arwah mak saudara. Arwah suka buat kuih ni untuk minum petang. Kuih ni mudah disediakan dan murah modalnya. Sedap dimakan ketika panas.

** Abok-abok sagu **

Bahan-bahannya:
  • 300 gm sagu dibasuh dan ditoskan (tidak perlu direndam)
  • 1 biji kelapa (putih sahaja)
  • Gula melaka dipotong kecil-kecil/brown sugar
  • Sedikit garam
  • Daun pisang secukupnya
  • Lidi untuk cucuk
Cara-caranya:
  • Gaul sagu dan kelapa bersama. Campurkan garam secukup rasa.
  • Bentuk daun pisang menjadi kon. Kalau tak nak menggunakan daun pisang boleh gunakan mangku2 kecil yang tahan panas.
  • Kemudian masukkan 1 sudu besar bahan (1) ke dalam daun pisang (2) dan tabur gula melaka di atasnya.
  • Guna lidi untuk cucuk daun pisang.
  • Kukus selama 20-30 minit, dan siap dihidang.
Abok-abok yang telah siap dikukus. smallkitchen tiada lidi, so guna stappler.

++ Manggo Fillet Delight ++



Resepi asal 'manggo fillet delight' ni smallkitchen belajar buat dari kawan di philippine, tapi smallkitchen dah ubah suai ikut selera orang kita. Sedap di makan ketika sejuk, rasa macam makan aiskrim. yang paling best senang jea buatnya. Marilah cuba!

** Manggo Fillet Delight **

Bahan-bahan:
2 biji buah mempelam dipotong nipis-nipis
200 ml whipping cream/all purpose cream
1/2 tin susu pekat manis / secukup rasa
2 pek biskut graham

Cara-caranya:

1. Campurkan whipping cream/all purpose cream dan susu pekat manis ke dalam mangkuk dan kacau sebati.

2. Susun satu keping biskut dalam bekas, kemudian letakkan krim (1) di atas biskut, ratakan. Kemudian letak sekeping buah mempelam yang telah di potong nipis2 di atas biskut tadi dan letakkan krim (1) dan letak biskut di atasnya. Ulang langkah ini sehingga menjadi 3 lapisan.


Biskut yang telah siap disusun

3. Hancurkan beberapa keping biskut sehingga menjadi serbuk dan kemudian tabur diatas (2).

4. Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam, dan boleh dihidang.

ni tekstur kat bahagian dalam..nyum,nyum,nyum...


Ini lah biskut Grahams.

Inilah rupanya biskut 'Grahams'. Rasanya macam biskut marie kita, cuma bentuk berbeza. Kalau kat malaysia boleh guna biskut marie or biskut 4 segi, macam biskut cap 'ping pong'.

++ Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Belimbing Buluh ++



Idea nak masak lemak udang bersama belimbing buluh datang bila small kitchen jalan-jalan di taman berdekatan area rumah semalam. Di taman tu ada pokok belimbing buluh, lebat buahnya, tapi tiada orang ambil. Jadi small kicthen pun petik buah belimbing buluh tu dan sumbat dalam poket seluar sebab tak bawa plastik. Penuhlah poket. Jadi tengahari ini, small kicthen masak belimbing buluh dengan udang. Sedap, bertambah-tambah nasi makan hari ini.

** Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Belimbing Buluh **

Bahan-Bahan:

15 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil/ 1 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
6 biji belimbing buluh dibelah dua
1 biji tomato dibelah dua
1 kotak santan / 1 1/2 biji santan
Sedikit garam, gula dan sos tiram

Cara-caranya:

1. Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili padi bersama (Masukkan sedikit air ketika dikisar). Kemudian masak bahan yang telah dikisar pada api sederhana sehingga air sedikit kering.

2. Kemudian masukkan 1/2 kotak santan yang dicampur sedikit air kedalam bahan (1) diatas. Biar sehingga mendidih dan masukkan udang dan belimbing buluh. Masukkan garam, gula dan sedikit sos tiram. Small kitchen guna sos tiram sebab tidak menggunakan MSG.

3. Setelah mendidih, masukkan lebihan santan pekat dan tomata Biar sehingga mendidih dan tutup api. Jangan biar pecah santan tau. Ok boleh dihidang!


P/S: Bahan yang dikisar boleh ditumbuk dan masak terus bersama santan sebab tidak berair. Saya gantikan MSG dengan sos tiram dalam masakan, sos tiram mempunyai rasa yang manis dan lemak.

++ Asam Pedas Ikan Terubuk ++



** ASAM PEDAS IKAN TERUBUK **

Resepi nie SmallKitchen dapat dari Smallkitchen nye kakak Ipar..One of owner blog nie gak..hehehe..Asam pedas yang kak ipar but lagi sedap la.Orang Johor memang terkenal dengan Asam Pedas kan.Setakat nie still tak bole ikut lagi 100%..Tapi komen kawan-kawan yang makan Asam Pedas Small Kitchen alhamdullilah..Sedap..Nanti Small Kitchen Buat lagi..

Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk sederhana besar (any ikan)
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit garam dan gula
1 sudu sos tiram
2 Kuntum Bunga Kantan (potong 4)
Daun Kesum seikat atau dua (ikut citarasa masing-masing)
Bendi
Tomato

Bahan-Bahan Untuk Dikisar :
5 – 6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar 1/2 jari manis
1 mangkuk cili kering

Cara-Cara :
1. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dengan api yang sederhana besar sehingga bahan pecah minyak dan naik bau (warna akan bertukar menjadi gelap sedikit dari warna asal). Setiasa kacau bahan yang ditumis supaya tidak hangus di bahagian bawah
2. Setelah bahan ditumis masak, masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan ikan terubuk. Biar sekejap baru masukkan bendi.
3. Masukkan garam, gula dan sos tiram ikut citarasa .Biarkan ia mendidih. Siap!

Note : Kalau kurang asam tambahkan air asam jawa. Kalau kurang lemak, tambah sos tiram. Asam pedas nie bak kata kakak ipar, lagi banyak bawang lagi manis and pekat kuahnya.




++ Adobo Chicken ++


bo

Ini salah satu masakan filipina,
kalau kat malaysia ala-ala ayam masak kicap chinese style,
gambar diatas ni tak berapa cantik,
nanti small kitchen uploadkan yang baru.


** Adobo Chicken **

Bahan A:
1/2 ekor ayam
1 cawan cuka
1 cawan kicap masin
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumuk
lada hitam ditumbuk

Bahan B:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 batang Cili merah dibuang biji
1/2 biji nenas (boleh juga diganti dengan limau mandarin cina)
Sedikit gula
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan bahan-bahan A dalam 5 hingga 10 minit.

2. Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau, dan masukkan bawang merah dan kemudian cili merah yang telah dibuang biji.

3. Kemudian masukkan ayam yang diperap, ambil ayam sahaja, jangan buang lebihan bahan perapan (bahan A).

4. Biar seketika sehingga minyak ayam keluar (biasanya tulang ayam akan terjojol), selepas itu baru masukkan lebihan bahan perapan (bahan A)

5. Masukkan gula sedikit dan biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan nenas dan tutup seketika. Sekiranya kurang masing, boleh ditambah kicap.

6. Ok dah siap, selamat mencuba!



++ Puding Strawberi ++



Puding ni sesuai dijadikan pencuci mulut dan makan petang,
'small kitchen' cipta sendiri, saja nak pelbagai kan juadah,
simple je dan tak sampai 20 minit dah siap,
sesuai dimakan ketika sejuk,
kawan-kawan dan anak pun suka makan sebab manis-manis buah.

** Puding Strawberi **

Bahan-bahan:
20 gm agar-agar
4 gelas air
1 1/2 gelas susu segar
Perisa strawbery secukupnya
2 sudu tepung jagung/tepung kastard
Gula secukupnya
Sedikit pewarna merah
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
1. Masak agar-agar dengan 4 gelas air, masukkan daun pandan dan gula.
2. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan perisa strawberi, sedikit pewarna merah dan susu segar dan kacau sehinggan mendidih.
3. Bancuh tepung jagung/tepung kastard dengan sedikit air supaya tidak berketul-ketul. Masukkan ke dalam agar-agar tadi. Kacau sehingga mendidih dan matikan api dapur.
4. Tapis bahan (3) tadi ketika dimasukkan ke dalam loyang. Biarkan sehingga sejukdan dan masukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.


P/S: Kalau tak nak rasa susu sangat boleh kurangkan susu dengan lebihkan air, rasanya lebih sedap kalau perasa strawberi tu diganti dengan buah strawberi yang diblender. Kalau nak letak perasa lain pun boleh. selama mencuba!



++ Bihun Goreng Udang Kering ++


++ BIHUN GORENG UDANG KERING ++
Menu nie rasanye yang semua org tahu nak masak. Bagi SmallKitchen , menu kali nie lain sikit sebab aroma udang kering yang membangkitkan selera. Nak-nak makan ketika panas.Menu nie best untuk dicuba untuk sarapan dan minum petang.Smallkitchen abek resepi nie dalam blog Resepidiana .Gambar pun Smallkitchen pinjam dari blog tersebut.Nanti bila Smallkitchen buat lagi Smallkitchen tangkap and upload kay..Tapi Smallkitchen dah banyak kali dah buat. Memang sedap..




Bahan-Bahan 
1 Bungkus Bihun
1 Batang Lobak Merah (Diracik Halus)
1 Ikat Sawi (SmallKitchen Guna pucuk)
200g Daging Cincang
100g Udang (Pilihan)
1/2 cawan air
Bawang Goreng
Garam  secukup rasa
Minyak menumis


Bahan Untuk Dikisar: ( Mesti digoreng garing)
3Biji bawang Besar
6 Ulas bawang putih
1/2 cawan udang kerng (Bersihkan)
1 sudu teh serbuk Lada Putih

Cara-Cara Memasak:
1. Bihun direndam dengan air panas. sehingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
3. Masukkan Daging cincang, Lobak dan air. Kacau.
4. Bila daging sudah masak, masukkan udang, sawi  dan garam. Gaulkan rata.
5. Kemudian masukkan bawang goreng dan bihun. Gaul sehingga bahan-bahan sebati.

Note : Kalo nak masukkan telur pun bole. Goreng telur dahulu,pecah2kan kemudian angkat. Akhir baru masukkan telur tadi. Bole jugak dihidang bersama cili jeruk dan kicap.

++ Puding Roti ++




Puding yang selalu small kitchen buat untuk kawan-kawan and family. Resepinye simple sajer.Semua boleh cuba.. Sejam dah bole siap..Sedap makan semasa panas..Masa kecik-keci, mak rajin buat..Sekarang kena la buat sendiri kan..Picture tak menarik sgt..Nanti small kitchen uploadkan yang lain ek..Selamat mencuba..


** PUDING ROTI **


Bahan-Bahan:
1. Satu Buku Roti (Selalu guna gardenia)
2. 400ml susu segar
3. 250gram Gula Kastor
4. 4biji Telur
5. 125gram butter
6. Sedikit esen vanilla

Cara-cara Memasak:
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar,butter dicairkan dan dipukul dengan telur satu persatu sehingga sebati.
3. dengan api yang kecil, panaskan susu dan gula kastor sehingga gula larut.
4. Kemudian masukan adunan susu tadi kedalam adunan mentega dan telur.Kacau sehingga sebati.
5. Titiskan beberapa titik esen vanilla ke dalam aduanan,kacau.Setelah sebati, adunan ini dituang ke dalam loyang pembakar
6. Carik-carikkan kepingan roti ke dalam aduanan. Rendam seketika supaya aduanan meresap ke dalam roti.
7. Bakar di dalam oven selama 20-30min atau sehingga puding roti tidak melekat semasa dicucuk lidi pemguji.


Note : Kalo nak tambah Kismis pun boleh.Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, campur dengan kismis dulu.

++ BitterBite Nasi ++




SmallKitchen suka resepi nie.Dapat dari blog Resepidiana.Sumbangan saudari Ayu.Dulu selalu buat.Macam makan fishball jer..Hehehe..Dah lama tak buat. Gambar nie pimjam dari saudari ayu. Nanti after smallkitchen ada gambar hasil sendiri smallkitchen paste sini ek..Dulu tak fikir pun nak buat blog kan, so masak tak pernah tangkap gambar hasilnye..Yang pasti memang sedap. Thanks kepada resepidiana yang sudi paparkan resepi nie juga kepada saudari Ayu..


BITTERBALLEN NASI

Sumber : Blog ResepiDiana. Sumbangan Saudari Ayu
Gambar : Saudari Ayu

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi..
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS:Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya ber
satu..

** Let's Start Know Each Other **


Salam And Hi..
Small Kitchen blog nie diwujudkan untuk suka-suka...We love to cook and tertiba rasa macam nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang dimasak dan apa yang dicuba masak..So sapa yang sudi nak cuba tu, dialu-alukan...Just simple resepi semua orang bole cuba..Semua manusia dilahirkan dengan kepandaian memasak,cuma kita mahu pratik kan atau tidak saje kan..Small Kitchen pun suka untuk mencuba resepi kawan-kawan..Bole la emailkan small kitchen resepi untuk small kitchen cuba..Nanti Small kitchen publishkan dlm blog nie ek..Email address ada dlm profile small kitchen..So, Hope leh enjoy cuba resepi di blog ini..

** SmallKitchen **