Salah satu menu yang Smalkitchen rajin bawak ke pejabat untuk kawan2 atau potluck. Menu ni dulu mak Smallkitchen rajin buat.Tapi mak buat macaroni baked biasa , no cheese. Then terjumpa lak resepi yang ada bubuh cheese, dari blog Resepidiana. Resepi asal dari saudari Puteri Dee. Smallkitchen ubah-ubah sikit resepi nie. Even banyak cheese tapi tak muat.Smallkitchen tulis resepi bersama gambar cara buat atas permintaan kawan Smallkitchen. Nanti boleh merasa air tangan beliau pula..Selamat Mencuba.
Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow
Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional/Cendawan Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
3 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
2,3 Biji Tomato(Nak Kasi Pekat Kuah) cincang halus buang biji
5,6 Biji Cili padi thailand (Potong halus)
2 Biji Cili Merah (potong halus)
Air (1 tins sos campbell + 1 tin air)
Minyak untuk menumis(kalau nak wangi, bole guna sesame oil)
Garam /Garlic Salt Secukupnya
Daun Barsil/Daun Parsley (kering)
Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
¼ cawan air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
½ susu teh serbuk lada hitam
Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut
Cara-caranya
1. Rebus Macaroni sehingga lembut.Boleh ikut arahan belakang pembungkus macaroni yang dibeli.Toskan.
Cara untuk Sos Pasta:
1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi Thailand,cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan bahan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila daging telah bertukar warna (gelap sedikit dari asal) masukkan cendawan butang.
5. Tambah air. Selalunye smallkitchen akan guna tin Campbell sebagai sukatan. Satu tin sos campbell, Smallkitchen akan masukkan satu tin air juga.
6. Setelah kuah mendidih sikit, masukkan daun basil/parsley, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing
Cara untuk Sos Cheese:
1. Panaskan periuk dgn mengunakan api yang sederhana kecil. Masukkan mentega. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung gandum. Dengan menggunakan senduk atau whisk kacau tepung tersebut hingga sebati dengan mentega. Kacau selalu bagi mengelakkan tepung hangus atau bergentil-gentil.
2. Kemudian masuk pula sedikit susu segar dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk/senduk .Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan air. Kacau dengan whisk selalu utk mengelakkan tepung dari melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
3. Bila sos dah didih sikit baru masukkan keju cheddar yang dah parut tadi dan kacau hingga cair. Masukkan juga serbuk lada hitam. Bila semua cheese dah cair, padamkan api .Cheese sos nie jangan cair sgt dan jangan pekat sangat
Note : Untuk buat sos cheese nie kena ingat api sederhana besar dan pastikan sentiasa kacau. Sebab bila dah campur susu dengan tepung gandum tu, adunan akan cepat pekat. Nanti hangus bahagian bawah and tepi.
Cara menyediakan Macaroni and Cheese
1. Sos pasta yang telah disediakan tadi digaul dengan macaroni. Macaroni yang dah gaul dengan sos pasta kena lembab-lembab sedikit.
2. Masukkan macaroni separuh loyang,bubuh lapisan pertama sos cheese.Kemudian masuk lagi macaroni, Jng penuh sgt loyang tu.Buat lapiskan sos cheese lagi.
3. Lastly, tabur mozella cheese di atas macaroni
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C dlm masa 20-30 min or sehingga permukaannya kekuningan.
Note : Kalo nak simpan dulu, esok bakar pun bole.Bila dah letak cheese tu bole wrap macaroni simpan dlm peti ais. Esok keluarkan, biar sekejap dan bakar. Tapi lebih sedap dibuat fresh.
3 comments:
Sakit mata baca tulisan kuning tu. Hekhek tapi makaroni tu memang nampak sedap. Terima kasih untuk resipi :)
sedap.. sgt tqq
Post a Comment