Assalam kengkawan, hari ini smallkitchen ingin berkongsi dengan para pembaca, koleksi gambar kuih or masakan yang tak menjadi. Tiba-tiba dapat idea nak jadikan gambar kuih yang tak menjadi ini sebagai satu koleksi setelah roti canai yang dibuat pada hari ini keras kematu. Sebenarnya sudah ada beberapa jenis kuih yang tak berapa menjadi seperti karipap, kek gula hangus, donut, pelbagai puding. Tapi waktu tu tak teringat pulak nak snap gambar untuk dijadikan koleksi. Jadi hari ini smallkitchen nak share gambar roti canai keras kematu dengan pembaca. Rasanya bukan salah resepi, sebab rata-rata resepi roti canai ni sama jea. Ini confirm salah teknik menguli, tangan tak cukup kuat.
Tengok tu, kering jea roti canai smallkitchen ni. Keras-keras pun habis jugaklah smallkitchen and hubby makan sebab sayang nak buang dan dah penat-penat buat kan.
Next time, kalau ada resepi tak menjadi smallkicthen upload hasil eksperimen. Untuk para pembaca, bolehlah share gambar eksperimen yang tak menjadi dengan smallkitchen. Kita buat koleksi 'kuih tidak menjadi' bersama-sama. Jumpa lagi!
0 comments:
Post a Comment