** Mashed Potato **
Satu lagi side dishes untuk berbuka minggu lepas. Simple jer resepi nie..Semua orang bole buat..Untuk sos dia smallkitchen cuba resepi daunpandan dari myresepi .Smallkitchen ubah sket..Memang sedap..Macam KFC comment adik bongsu smallkitchen..Nanti bole cuba lagi..
BAHAN-BAHAN:
(Untuk Mashed Potato)
* 5 Biji Kentang
* 2 Sudu Besar Butter
* 1 Cawan Susu segar
* 1 sudu teh serbuk black pepper
* Sedikit Garam
(Untuk Sos)
* 3 Cawan Air* 1 Kiub Ayan Maggie
* 1 Biji Bawang Besar
* 3 Sudu Besar Butter
* 2 1/2 Susu besar Tepung Gandum
* Sos Tomato
* Sos Tiram
* Serbuk Black pepper
* Tepung Jagung(optional)
CARA-CARA:
(Mashed Potato)
1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 8 bahagian. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan sudu.
3. Panaskan butter dengan susu. Apabila butter dah cair masukkan serbuk black pepper
dan garam,kacau dan padamkan api.
4. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga sebati
(Sos Mashed Potato)
1. Masak air dengan stok ayam dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis
ke dalam mangkuk
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada
tepi periuk
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram ikut suka atau sehingga warna berubah. Masukkan juga
serbuk lada hitam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. Kalo sos agak cair, bole ditambah dengan tepung jagung
yang telah dibancuh.
P/S : Sos tu tak perlu letak garam sebab kuib ayam tu dah memang masin. Tapi bolelah rasa dahulu, kalo kurang garam bolelah tambah.
0 comments:
Post a Comment