** MACARONI GORENG **
Dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Hari nie smallkitchen masak simple sahaja utk juadah berbuka..Lagipun dah lama tak makan macaroni nie..So tgk dlm fridge ada udang and daging..Plan la masak macaroni goreng..Menu nie ikutkan main campak-campak jer...Kalo dah lapar tu kan, semua makanan sedap..hehehe..
BAHAN-BAHAN ::
250gram Macaroni (tak kisah jenis apa)
Udang( Ikut suka)
Daging( Ikut suka)
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sb cili kisar
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
2sb Sos tiram
2sb kicap manis
1 ikat Sawi
Carrot
Minyak Utk menumis
Sedikit Garam
Sedikit air
CARA-CARA :
Rebus macaroni dan toskan.
Tumbuk bawang besar dan bawang putih.Panaskan kuali. Masukkan minyak utk menumis.
Tumis bawang yang telah ditumbuk. Masukkan cili kering.Tumis sehingga garing sedikit.
Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram, kicap manis dan air.Kacau,biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan daging dan udang.
Apabila daging dan udang hampir masak, masukkan carrot dan batang sawi.Kacau sehingga sebati.Tambah garam secukupnye.Baru masukkan macaroni.Gaul macaroni sehingga serasi dengan bahan tadi.
Bila macaroni dah sebati dengan kuah, masukkan daun sawi. Gaul dan biarkan seketika. Tutup api.Sedia untuk dihidang.
0 comments:
Post a Comment