Rupa-rupanya dah berkurun blog ni tak ber'update'. tak sempat2 nak update. mula2 internet problem, bila dah okay, aku pulak sibuk . tak tahu lah apa yang aku sibukkan, nak kata keje dok rumah jea. Kalau aku tak update, adik ipar aku update, Dik Na. Tapi semenjak dia pregnant ni, dia pun dah jarang meng'update' blog sebab x berapa larat. kerja kat pejabat, so kat rumah masa untuk Dik Na rehat kan diri dan minda.
Minggu lepas balik bercuti di Malaysia dalam 3 minggu. Hati berbunga2 lah sebab nak jumpa sedara mara,kengkawan dan en suami pun dapat cuti panjang. Tapi rupa-rupanya cuti 3 minggu tu macam air paip mengalir, tup tap tup tap dah abis. Kejapnya. Sedara mara pun tak sempat abis melawat. Kawan-kawan apatah lagi, adalah aku jumpa 2 orang x-schoolmate. Sorang jumpa tak sengaja, tu pun waktu tgh shopping barang-barang nak bawak balik sini, Azna. Makin cantik and slim pn Azna kita, ni mesti sebab hati berbunga-bunga dapat naik pangkat, hehehe . Yang sorang memang dirancang, pn Mastura, itu pun dapat setengah jam curi lunch hour pn mastura. Dan hasrat untuk bercuti panjang dengan en suami lebur, sebab en suami sibuk berkursus dan ulang alik ke pejabat.
Oleh kerana en suami sibuk berkursus , maka aku patah kaki lah seketika. bukan patah kaki sebab accident, tapi patah kaki sebab tak boleh nak travel jauh2. lesen kete ada tapi dah lama aku frame. kalau aku bawak kete seisi keluarga rasa tidak selamat, maka lebih baik aku frame jea lesen kete tu. Nasib baik lah rumah ibu dekat dengan LRT, boleh jugak lah berjalan2 Jalan TAR. Cuma yang payahnya bila Kaiyisah hari2 request nak naik LRT,semuanya berasakan LRT. Nak suruh makan, mandi, turun bawah flat, semuanya ada pertukaran. macam sistem barter pulak. Tapi takpelah, kat sini bukan setakat LRT, keretapi biasa pun takde. Yang ada Jeepny, Tricycle and taxi (the best transportation ever). Bas kat sini macam bas johore motor waktu aku kecik2 dulu, takpun macam metro bas, itupun hanya untuk long journey.Jadi aku bagilah anak aku naik LRT puas2.
Waktu kat Malaysia, aku and en suami belilah pelbagai barang (berdasarkan list yang aku buat), nak bawak balik philippine. Cili kering sikit, stok ayam sikit, rempah itu sikit, rempah ini sikit, jus itu sikit, jus ini sikit, kurma, beli punya beli rupa-rupanya dah overweight. Jadi terpaksa barang2 kering shipping guna pos malaysia, kos guna laluan laut murah tapi sebulan baru barang sampai. Kalau bawak naik flight excess luggage every kg RM35/=, tu baru sampai manila. dari Manila ke Davao 100 peso for every kg (more less RM7.50 duit kita). kalau excess dekat 30 kg , sapa nak bayar. baik hantar guna Pos Malaysia, jimat sikit. Moral of the story, make ur list wisely.hehehe tak cukup bijak lagi rupanya.
Panjang lebar rupanya citer aku ni, panjang2 sangat pun bosan jugak. so jumpa lagi!
0 comments:
Post a Comment